Kelas STEM – Flying Gliders
29 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2024, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.
Untuk kelas STEM pada kali ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Flying Gliders. Para peserta terlebih dahulu menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina Flying Gliders menggunakan bahan yang telah disediakan. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Semua bahan yang digunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya membina Flying Gliders yang mampu berfungsi dengan baik.
Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: